Sunday, 22 March 2009
12:57 pm ● penerbangan yang seronok pada hari awam.

kali ini catatan saya akan disampaikan dalam bahasa melayu, sempena meraikan pencapaian kawan saya abul azeef yang telah menggunakan 10,000 jenis ayat bahasa melayu dalam jangkamasa sehari. contohnya pada tahun yang lepas, di dalam kelas kami sedang berborak tentang perkara kosong.


aiman: eh hari ani selasa ah, inda lagi batah weekend!
arif: yes lawa weekend!
abul azeef: (mula menyanyi) hari selasa, tidak terasa~~~~~
arif, aiman: -_________________-"


pada hari khamis yang lepas, sepanyol telah mengisytiharkan hari cuti di tempat yang tertentu untuk mengadakan perayaan membakar bahan-bahan.tetapi cuti ini terkecuali bagi juruterbang-juruterbang yang harus mengejar masa untuk mendapat ijazah tepat pada waktu yang telah diberi.



merancang laluan penerbangan



laluan penerbangan. requena-valencia. valencia-reus.reus-valencia.valencia-requena.


lapan orang brunei telah dipilih untuk memandu tiga kapal terbang bagi ekspedisi penerbangan ini yang mengambil masa selama 9 jam. bermula pada jam 10 pagi kami berangkat dari lapangan terbang menuju ke valencia dengan dikendalikan oleh zudin dan mendarat di sana. Setelah mendarat di lapangan terbang valencia, kami mula bergerak dan berhenti di tempat khas untuk mengisi minyak, dan ini saja sudah mengambil masa selama 30 minit.


valencia!



semua juruterbang brunei bersama dengan jurulatih terbang



menunggu kapal terbang diisikan minyak




sesudah itu, kami kembali berangkat dari lapangan terbang valencia dan kali ini saya pula yang menerbangkannya menuju ke tempat destinasi Reus, sebuah bandar di tepi pantai laut mediterranean.sangat indah! HAHAHAHAHA.



mendarat di reus.



sesampai kami di sana pada jam 3 petang, kami berehat sekejap dan makan tengahari yang enak. malangnya aiman, afif dan muk tidak sempat untuk makan disebabkan jurulatih terbang mereka perlu pulang awal kerana kucingnya telah beranak dirumah. zudin kemudian terbang semula dari Reus ke valencia, dan mendarat di sana untuk mengisi minyak lagi. pada masa ini, kami sudah merasa letih.kelihatan juga ketiak zudin sudah basah semasa sedang terbang, sungguh kasihan. kemudian dari valencia saya mula mengambil alih penerbangan itu dan pulang semula ke requena dan mendarat disana pada jam kira-kira 6 petang.


kami pulang ke rumah pada jam lapan.adios amigos.



edit!:

this is fucked up-.-"











Labels:


xxxxxx

( is ready to defy gravity. )